Guru Kelas

SENARAI TUGAS GURU KELAS

1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Ketua Keceriaan dan Kebersihan dsb.

1.2 Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas :
(a) Jadual Waktu
(b) Jadual Bertugas
(c) Motto Kelas
(d) Parking Lot & Reward Chart
(e) Info EKSA
(f) SOP Pengurusan Kelas
(g) KEW PA
(h) Sudut bacaan
(i)) Perabot kelas seperti kerusi-meja guru dan murid mencukupi
(j) Alatan pembersihan seperti penyapu, bulu ayam dan pencedok sampah digantung.
(k) Papan tulis, papan kenyataan, almari dan keperluan-keperluan lain bilik darjah mencukupi dan dalam keadaan baik dan teratur.

1.3 Melaporkan perabot dan peralatan yang rosak kepada guru berkenaan.

1.4 Membimbing organisasi kelas/ murid yang dilantik menjalankan tugas.

1.5 Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara murid.
Tabung ini adalah bagi tujuan yang berikut:
(a) Kebajikan murid
(b) Keceriaan kelas jika perlu dan lain-lain
2.1 Mengemaskini kedatangan harian atas talian selewat-lewatnya sebelum 8.30 pagi (Kumpulan WA) dan 9.50 pagi/10.30 pagi (APDM).

2.2 Menentukan semua butiran profil murid yang dikehendaki di dalam sistem APDM ditulis dengan lengkap.

2.3 Memastikan data terkini murid di dalam kelas.

2.4 Memastikan murid yang TH ke sekolah membawa bukti ketidakhadiran dan dicatat serta disimpan dengan kemas di dalam fail yang disediakan.

2.5 Memastikan surat-surat amaran dihantar kepada ibu bapa mengikut SOP yang telah ditetapkan dan dicatat butiran penghantaran surat di helaian yang bekalkan di dalam fail kelas
3.1 Memastikan setiap murid mempunyai
(a) Rekod Profil / Kemajuan Murid
(b) Kad disiplin
(c) Kad Kesihatan
(d) Kad Pergigian
(e) Buku Nilam

3.2 Melengkapkan butiran murid di dalam Buku Pendaftaran Sekolah
4.1 Mengutip yuran sekolah selepas mendapat kebenaran daripada pihak JPWP dan menggalakkan murid membayar kesemua yuran sekali gus dalam kadar segera.

4.2 Mengutip derma PIBG.

4.4 Mengeluarkan resit rasmi kepada murid bagi pembayaran yang dibuat.

4.5 Menyerahkan wang kutipan bayaran persekolahan, insurans Takaful dan derma lain Ketua Kerani.

4.6 Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada Bendahari PIBG.
5.1 Memastikan buku teks diagih kepada murid dan memastikan buku-buku tersebut dibalut dan dijaga dengan baik serta ditulis nama murid.

5.3 Mengemas kini Borang G semasa pengagihan dan pengembalian atau mengemas kini fail SPBT dari masa ke semasa.

5.4 Membantu guru AJK SPBT memungut kembali buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama murid yang tidak mengembalikan / memulangkan atau merosak dan menghilangkan SPBT pada akhir tahun dan memberikan senarai itu kepada Guru SPBT

5.5 Mengenal pasti murid yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan melaporkan kepada Guru Kebajikan.

6.1 Menerima kemasukan murid baru.

6.2 Mendaftarkan murid baru ke dalam Buku Kedatangan Murid dan mendapatkan Nombor Pendaftaran Murid dari Buku Kemasukan Murid daripada Penolong Kanan HEM

6.3 Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.

6.5 Menentukan penerimaan Kad Kemajuan / Buku Rekod Profil, Kad Kesihatan, Kad Pergigian dan dokumen-dokumen lain yang diperlukan dari sekolah yang terdahulu.

6.6 Menentukan rumah sukan dan kokurikulum
7.1 Menentukan Kad Kemajuan / Rekod Profil, telah kemas kini dan diserahkan kepada murid.

7.2 Menentukan Kad Kesihatan, Kad Pergigian dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan diserahkan kepada murid.

7.3 Menentukan buku teks (SPBT) telah dipulangkan sekiranya berhenti sekolah/berpindah luar negeri.

7.4 Menentukan semua jenis bayaran seperti yuran sekolah dsb telah selesai dibayar.