EKSA


Pengenalan


Amalan 5S merupakan satu kaedah pengurusan yang dipelopori oleh pihak industri di Jepun bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat. Amalan 5S bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal

Walau bagaimanapun 5S telah ditukar kepada EKSA (Ekosistem Konduksif Sektor Awam) yang lebih berimej korporat. Selain memberi keutamaan kepada aspek kebersihan, kekemasan dan keselamatan tempat kerja, EKSA juga berupaya mengukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan / Agensi berasaskan Standard MS ISO 9000, khususnya dalam memenuhi klausa Pengurusan Sumber berkaitan manusia.

Sesunguhnya pelaksanaan amalan EKSA ini telah memberi impak yang besar bukan sahaja persekitaran kerja yang konduktif tetapi telah memberi impak kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan di sekolah. Ini dapat dilihat dari segi pelaksanaan tugas yang lebih sistematik, pengurusan dokumen, pengurusan stor, pengurusan aset, perkhidmatan kaunter dan semua ini telah menyumbang kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih baik. Impak yang ketara juga dapat dilihat dari segi kepuasan bekerja, memupuk kerja berpasukan dan seterusnya meningkatkan imej sekolah.


Polisi Amalan EKSA

Membudayakan amalan EKSA di SMK Convent Jalan Peel dengan mengutamakan budaya kerja yang sistematik ke arah mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan selesa

Matlamat Amalan EKSA

Pengamalan EKSA secara berterusan sebagai budaya kerja cemerlang

Objektif Amalan EKSA

Mewujudkan suasana bersih, kemas, tersusun dan teratur

Mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif dan sistematik

Meningkatkan motivasi dan disiplin warga sekolah

Memupuk semangat berpasukan dalam kalangan guru

Memupuk nilai tangungjawab terhadap kemudahan organisasi

Membina penambahbaikan berterusan untuk meningkatkan kualiti organisasi