Pengurusan HEM


Pendahuluan


Hal Ehwal Murid sekolah ini mempunyai tekad dan komitmen terhadap prestasi murid khususnya dari aspek akhlak dan sahsiah serta keterampilan mereka. Atas dasar inilah, matlamat dan objektif pengurusan HEM bertunjang kepada disiplin, kebajikan, keselamatan serta melestarikan amala-amalan baik yang berkualiti sehingga mampu memberi sumbangan kepada sekolah, agama, bangsa dan negara.

Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana sekolah menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan disiplin, sahsiah dan komitmen murid-muridnya. Atas dasar inilah Unit HEM sekolah telah merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk memastikan matlamat sekolah tercapai. Kerjasama yang padu daripada guru-guru dan murid dalam melaksanakan semua program mampu merealisasikan wawasan sekolah.

Matlamat Program Hal Ehwal Murid


  • Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran serta berfikiran kritis dan kreatif.
  • Memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima bagi menyuburkan potensi kepimpinan.
  • Objektif


  • Memahami konsep dan peranan bidang tugas pengurusan HEM
  • Menghasilkan program yang dapat membantu kecemerlangan murid di peringkat sekolah
  • Menyediakan dan memupuk potensi murid agar mempunyai sahsiah yang unggul dan berketerampilan
  • FOKUS & MOTTO UNIT HEM

    Pengurusan Telus
    Murid Terurus