Penyelaras Tingkatan

BIDANG TUGAS PENYELARAS TINGKATAN

1. Bertanggungjawab membuat pembahagian murid dalam tingkatan di bawah jagaannya selepas berbincang dengan panel pemilihan murid serta mendapat persetujuan PK HEM.

2. Kuota murid mengikut kaum seboleh-bolehnya dipatuhi. PK HEM/ Pengetua mesti dimaklumkan.

3. Membantu PK HEM menerima kemasukan murid baharu.

4. Memastikan surat-surat kelulusan/ kemasukan murid baru disimpan di dalam daftar masuk (ikut tingkatan) dengan kemas dan teratur.

5. Bekerjasama dengan guru-guru berkenaan bagi mendapatkan maklumat-maklumat berikut untuk dihantar ke sekolah baharu jika berlaku pertukaran murid dan mengumpulkan maklumat-maklumat berikut pada akhir tahun.
5.1 Buku/ Kad/ Pelaporan Kemajuan Murid
5.2 Buku KOKO
5.3 Kad SEGAK
5.4 SPBT
5.5 Buku Rekod Kesihatan (Tingkatan 1, 2 dan 3)
5.6 Keterangan-keterangan kerja kursus Sains, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam, Sejarah, Geografi, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, markah ULBS (BM dan BI) dan lain-lain.
5.7 Keputusan PBS

6. Berada di sekolah pada hari pendaftaran murid baharu dan membantu guru Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 khasnya, untuk mengagihkan kemasukan murid.

7. Memastikan guru tingkatan memberi bilangan, nombor pendaftaran dan memasukkan butir-butir dalam buku Pendaftaran.

8. Menyemak fail-fail kemasukan murid dan memastikan dikemaskini.

9. Bertanggungjawab menjaga dan menguruskan Buku Pendaftaran Murid. Buku ini mesti disimpan di pejabat.

10. Menyimpan borang-borang kemasukan murid baharu dalam fail daftar masuk mengikut kelas.

11. Memastikan murid baharu ditempatkan di tingkatan-tingkatan mengikut mata pelajaran elektif yang dipilih.

12. Menyampaikan laporan tentang murid baharu kepada PK HEM/ Pengetua.
1. Sekirannya guru tingkatan dan mentor tidak hadir, guru penyelaras perlu mengemaskini kedatangan harian murid

2. Sekiranya guru tingkatan tidak hadir pada hari terakhir setiap bulan, guru penyelaras perlu mengambil alih tugas dan mencetak analisis kehadiran bulanan pada bulan tersebut dan memasukkan nya ke dalam folder di dalam ‘pigeon hole’ di pejabat.

3. Sentiasa menyemak data terkini murid di dalam tingkatan masing-masing dikemaskinikan oleh guru-guru tingkatan.

4. Memastikan guru tingkatan melengkapkan Profil Murid di dalam APDM pada jangka masa yang ditetapkan.
1. Membantu guru tingkatan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan lain-lain. 2. Bekerjasama dengan guru-guru tingkatan bagi memastikan Sijil-sijil disiapkan di peringkat sekolah iaitu:
a. Sijil Ujian Lisan Bahasa Melayu
b. Sijil Ujian Lisan Bahasa Inggeris
c. Sijil Berhenti dan Sijil-sijil lain.
d. Surat Akuan dan lain-lain
Membantu guru AJK SPBT dalam membuat pengagihan buku bantuan kerajaan (SPBT).
Membantu Penolong Kanan HEM, Guru Kebajikan dan Guru Biasiswa memilih murid yang layak untuk diberi bantuan/biasiswa.
Membantu guru disiplin menjaga dan menguruskan disiplin murid dalam tingkatan masing-masing.
Membantu guru kaunselor membimbing murid dalam tingkatan masing-masing.
Membantu guru tingkatan dalam pengurusan dan organisasi Kelas.