Piagam Sekolah

Piagam Sekolah
Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

1. Memastikan semua murid di sekolah ini mendapat pendidikan yang sempurna, berakhlak mulia, amanah dan berketerampilan.

2. Sentiasa memberikan perkhidmatan yang cekap, efektif dan bertanggungjawab demi kepentingan masyarakat dan negara.

3. Mewujudkan suasana persekolahan yang terbaik demi merangsang kecemerlangan.

4. Sentiasa peka dan responsif terhadap perubahan dan pembaharuan.

Wawasan Sekolah
1. Melahirkan murid yang bersatu, yakin diri, mempunyai nilai moral dan etika yang mantap.

2. Melahirkan murid yang berusaha ke arah kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

3. Melahirkan murid yang berbudi bahasa, bertanggungjawab, jujur, saling hormat-menghormati tanpa mengira usia dan keturunan.

4. Kepercayaan, bertolak ansur, adil, progresif, cekal dan kental untuk mencapai matlamat yang dikongsi bersama.

5. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.

6. Melahirkan murid yang ideal dalam semua aspek, berkualiti, berpandangan jauh, berdaya tahan agar mereka pada suatu masa nanti akan berupaya memenuhi keperluan mengikut perubahan dan cabaran semasa.

7. Menanam sikap inovatif, kreatif dan mempunyai iltizam dalam kalangan tenaga pengajar demi kebenaran dan keadilan.