Senarai Tugas AJK

SENARAI TUGAS AJK HEM

mengaturkan dasar-dasar serta program-program untuk meningkatkan disiplin pelajar

• bertanggungjawab sebagai satu badan penasihat pelajar-pelajar sekolah
• Memberi nasihat dan amaran kepada pelajar yang melanggar peraturan dan disiplin sekolah
• Membuat keputusan menentukan hukuman ke atas pelajar yang melakukan kesalahan.
• Bertanggungjawab ke atas keseluruhan disiplin pelajar
• Bertanggungjawab menyelia, mengemaskini atau meminda peraturan sekolah
• Memberi nasihat atau taklimat tentang disiplin kepada pelajar Bekerja erat bersama pegawai perhubungan polis sekolah dengan mengadakan ceramah, lawatan berkala dan program pemantapan disiplin di sekolah
Melantik Pengawas

• Melantik ketua Pengawas sebagai ketua pemimpin pelajar dan Exco Tertinggi Lembaga Pengawas
• Menasihati dan membimbing pengawas
• Menjalankan kursus dan aktiviti-aktiviti lain yang bersesuaian bagi memantapkan kepimpinan Pengawas
Mengawasi kebersihan dan keceriaan bangunan sekolah agar sentiasa terjaga dengan kerjasama JK EKSA

• Menganjur dan mengelola projek-projek kebersihan dan keceriaan
• Bekerjasama dengan guru bertugas harian dan JK EKSA untuk menentukan bangunan sekolah dan kelas sentiasa kemas, bersih dan teratur
• Memastikan semua kelas mempunyai penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah yang mencukupi untuk setiap penggal
• Memberi amaran dan denda jika kelas-kelas tidak mematuhi arahan
• Menggalakkan pelajar menghias dan menampal bahan-bahan yang berkaitan dengan pelajaran di papan kenyataan di dalam kelas.
• Mengambil tindakan segera sekiranya harta benda dan pelajar terancam
• Mengawasi kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah
• Mengadakan projek-projek penanaman pokok-pokok perhiasan untuk kawasan sekolah
• Mengadakan tatacara penjagaan pokok-pokok di kawasan sekolah
• Menghubungi DBKL atau pihak lain untuk mendapatkan bantuan bahan menanam
• Membantu dalam menghiasi pentas dewan terbuka semasa majlis-majlis rasmi sekolah
• Memastikan segala aspek keselamatan sekolah dikawal dengan rapi.
• Mengadakan kawad kebakaran dua kali setahun.
• Mengambil tindakan segera sekiranya sekolah, harta benda awam serta pelajar terancam.
• Memastikan pelawat-pelawat mendapatkan pas yang sah dengan kerjasama pengawal keselamatan sekolah..
• Mencegahkan kes-kes gangsterimse dan peras ugut.
• Memastikan laluan kenderaan di hadapan sekolah sentiasa dalam keadaan terkawal
• Menyediakan peti pertolongan kecemasan di bilik guru, bilik kesihatan, pejabat sekolah.
• Menganjurkan ceramah-ceramah tentang kesihatan Menguruskan bilik kesihatan dengan bantuan pekerja pembersihan supaya selalu bersih dan boleh digunakan oleh murid sakit bila perlu.
• Memaparkan info-kesihatan pada papan kenyataan bagi mendidik murid tentang kepentingan menjaga kesihatan dari semua aspek
Memantau kebersihan kantin termasuk kawasan kantin, mutu makanan yang dijual, harga, perabot kantin, sinki, longkang, tong sampah dan lain-lain yang berkaitan

• Menapis sebarang aduan, rungutan atau laporan dari kakitangan dan pelajar
• Membantu guru bertugas membuat laporan mengenai kantin sekolah
• Menentukan kantin sentiasa dalam keadaan bersih, teratur dan selesa dengan kerjasama pengusaha kantin
• Memantau dan membantu guru bertugas menjaga disiplin pelajar semasa perhimpunan selepas rehat
• Menyimpan stok SPBT dan menyemaknya di awal dan akhir tahun dan memproses semua borang SPBT
• Mengedar buku-buku teks kepada pelajar dan mengutip balik buku teks pada akhir penggal
• Menerima buku teks dari Kementerian Pendidikan dan merekodkan ke dalam buku stok
• Mengisi dan menyempurnakan borang-borang SPBT dan boring-borang lain yang berkaitan dengan SPBT
• Menyediakan arahan-arahan tentang pengurusan SPBT dan memaklumkan kepada semua guru dan pelajar
• Memastikan pelajar-pelajar menjaga kebersihan buku pinjaman dan menggantikan buku yang rosak
• Memberi nasihat kepada pemegang biasiswa cara menggunakan wang biasiswa dan mengekalkan prestasi akademik.
• Berhubung dengan kerani sekolah tentang surat-menyurat untuk menuntut wang BKP/Baitulmal/EMK/KWAMP .
• Berhubung dengan Penolong Kanan dan kerani tentang pemegang biasiswa yang masuk dan keluar sekolah.
• Menyelaras kutipan derma hal-hal kecemasan dan kematian.
• Bekerjasama dengan JK Tabung Kebajikan PIBG.
• Menyimpan rekod pelajar yang menerima biasiswa atau bantuan.
• Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun
Merancang dan menyelaras program bimbingan dan kaunseling bersama guru-guru bimbingan dan kaunseling.
.
• Menyelaras dan menyelia rekod bimbingan dan kaunseling pelajar dan menyediakan laporan yang diperlukan.
• Menganjurkan ceramah-ceramah kerjaya untuk semua pelajar.
• Merancang dan menyelaras program PRS.
• Bersedia membimbing pelajar-pelajar dalam memilih kerjaya mereka.
• Menjalankan program motivasi untuk pelajar.
• Menjalankan program teknik menjawab soalan peperiksaan.
• Memberi khidmat kaunseling yang sewajarnya kepada murid-murid bermasalah disiplin yang dirujuk kepadanya.
• Mengadakan kaunseling individu dan kelompok kepada murid-murid yang memerukannya.
• Menyusunatur dan melaksanakan program terancang sepanjang tahun dalam membantu sekolah membangunkan akademik, kokurikulum dan disiplin murid
Menyemak dan memeriksa buku kedatangan pelajar dan Buku Pendaftaran Sekolah dikemaskini..
.
• Memastikan buku jadual kedatangan pelajar dan Buku Pendaftaran Sekolah disimpan dalam tempat yang selamat.
• Mengawal pencatatan bilangan kemasukan murid di dalam BUKU PENDAFTARAN SEKOLAH.
• Mengingatkan guru tingkatan untuk melengkapkan makluma muridt yang terdapat di dalan Buku Pendaftaran Sekolah.
Membantu dalam perlantikan ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan.
.
• Memantau tugas-tugas yang dijalankan oleh ketua-ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan.
• Menasihati dan membimbing ketua-ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan.
• Menjalankan kursus dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian bagi memantapkan kepimpinan ketua tingkatan dan penolong tingkatan
Sistem Maklumat Murid (SMM) dan Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM)
• Memastikan diadakan Minggu PPDa dan menyediakan aktiviti-aktiviti yang menarik.
• Mengisi slot 5 minit anti dadah sebulan sekali.
• Bekerjasama dengan guru tingkatan untuk mendapatkan data kes denggi yang melibatkan murid sekolah dan melaporkan ke JPWP.
• Mengadakan ceramah, program pencegahan wabak denggi di sekolah.
• Bekerjasama dengan pekerja pembersihan swasta daam pembasmian tempat pembiakan nyamuk di kawasan sekolah.
• Mengadakan pemeriksaan berkala kawasan sekolah supaya bebas daripada tempat takungan air dan membubuh ubat ABATE jika perlu.
• Bekerjasama dengan DBKL dan meminta semburan ubat ‘Fogging’ di kawasan sekolah jika perlu