Guru Bertugas Harian / Mingguan

BIDANG TUGAS GURU BERTUGAS HARIAN/MINGGUAN

Guru perlu perlu berada di sekolah sekurang-kurangnya 30 minit sebelum persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 30 minit selepas sekolah berakhir.
Membantu kelancaran Perhimpunan Rasmi sekolah dan Perhimpunan Harian : (Patuhi SOP Perhimpunan)
a) Perbarisan murid
b) Disiplin murid
c) Sistem siaraya
d) Menyampaikan makluman
e) Mencatat secara ringkas maklumat yang disampaikan dalam perhimpunan sekolah
Ketua guru bertugas mingguan perlu membahagikan tugas guru mengikut kesesuaian dengan mengambil kira Program Penyayang (menyambut murid di luar pagar sekolah) dan di kantin sekolah semasa waktu REHAT.
Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti pada waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, di sekitar sekolah dan mengambil tindakan segera dan munasabah jika perlu.
Menguruskan kes-kes kecemasan yang berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan murid dengan menghubungi waris.
Mengurus surat kebenaran ke klinik/hospital atau keluar dari kawasan sekolah pada waktu persekolahan dengan merujuk kepada pentadbir sekolah dan merekod nama murid yang memohon.
Guru yang bertugas di kantin perlu membudayakan murid dengan adab yang baik semasa makan, membeli makanan dan selepas makan.
Membantu guru disiplin membuat pemeriksaan disiplin dari semasa ke semasa, membantu menyiasat dan menguruskan hal-hal berkaitan dengan kehilangan barang murid.
Membantu Pengetua menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah.
Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sampah telah dibuang / tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.
Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari /minggu persekolahan di dalam Buku Laporan Bertugas, antara perkara-perkara yang dicatat ialah:

11.1 kedatangan murid, guru dan staf sokongan
11.2 murid ponteng, tidak hadir atau sakit
11.3 lawatan-lawatan / pelawat
11.4 ucapan / pengumuman-pengumuman dalam perhimpunan
11.5 Mencatat kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan, unit beruniform dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan di sekolah.
11.6 merekod laporan bertugas kantin
Membuat laporan di dalam Laporan Bertugas Atas Talian yang disediakan dan kalau perlu laporkan terus kepada Pengetua/PK supaya tindakan segera dapat diambil. Laporan akan disemak oleh pentadbir sekolah
Menentukan kelas yang akan mendapat pengiktirafan Kelas Paling Ceria/Bersih setiap minggu dan menyediakan Plak Keceriaan semasa Perhimpunan Rasmi pada minggu berikutnya.
Menyediakan laporan lengkap untuk dibacakan semasa Perhimpunan Rasmi pada minggu berikutnya.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa
Jika guru tiada di sekolah atau menghadiri kursus, pertukaran masa bertugas hendaklah dimaklumkan kepada PKP/PK HEM