Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Ibu Bapa/ Penjaga Puteri-Puteri SMK CONVENT JALAN PEEL
PEMAKLUMAN PEMBUKAAN SEKOLAH DALAM FASA 3 PELAN PEMULIHAN NEGARA
Perkara di atas adalah dirujuk.
Dengan merujuk Kenyataan Media KPM, Pemakluman Pengoperasian Institusi Pendidikan bertarikh 30 September 2021, pengoperasian institusi pendidikan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bermula pada 18 Oktober 2021 (Isnin).
Sehubungan dengan itu, SMK CONVENT JALAN PEEL akan memulakan sesi persekolahan SECARA BERSEMUKA untuk murid TINGKATAN 5 sahaja pada 18 OKTOBER 2021 dengan PENGOPERASIAN KEHADIRAN MURID SECARA PENGGILIRAN.
Maklumat lanjut akan diberikan kepada semua murid Tingkatan 5 2021 melalui guru-guru kelas.
Terima kasih.