Pengenalan STEMEC

Sejarah STEMEC

Pendidikan Sains, Teknologi , Kejuruteraan dan Matematik (STEM) ialah melahirkan murid berliterasi STEM yang berupaya untuk mengenalpasti, mengaplikasi dan mengintergrasikan konsep STEM untuk memahami masalah serta menyelesaikannya secara kreatif dan inovatif melalui pembelajaran bersepadu STEM yang mengaplikasikan konteks dunia sebenar serta menggunakan pendekatan hands-on dan penerokaan terbuka.

Bagi merealisasikan usaha ini, pada Mac 2019, SMK Convent Jalan Peel Kuala Lumpur adalah di antara 32 buah sekolah di Malaysia telah dipilih untuk menjadi perintis bagi Program STEMEC, iaitu Sekolah Model STEM oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini adalah merupakan satu usaha sama di bawah initiatif #49 Perkukuhan STEM antara pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Institut Aminuddin Baki (IAB), Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidkan (PADU) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ia adalah program ke arah membudayakan Pendidikan STEM dalam kalangan murid dan warga sekolah amnya di samping mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025.



Moto Pendidikan STEM

"STEM INSPIRES OUR FUTURE"


Matlamat Pendidikan STEM

Melahirkan murid yang berliterasi STEM yang berupaya untuk mengenal pasti, mengaplikasi dan mengintegrasikan konsep atau komponen STEM untuk memahami masalah dan menyelesaikannya secara kreatif dan inovatif melalui pembelajaran bersepadu STEM dalam konteks dunia sebenar serta menggunakan pendekatan hands-on dan penerokaan terbuka seterusnya berdaya saing di peringkat Global.


Objektif Pendidikan STEM

1. Mengaplikasikan konsep pendidikan STEM dan amalan PdP terbaik.

2. Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan

3. Membangunkan persekitaran pembelajaran yang mengaplikasikan Pendidikan STEM yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid


Konsep Pendidikan STEM

Pendidikan sepanjang hayat yang merangkumi pembelajaran bersepadu sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik secara:

1. Formal berdasarkan kurikulum

2. Bukan formal melalui aktiviti koakademik dan kokurikulum

3. Tidak formal melalui pembelajaran tidak langsung

Pada setiap peringkat umur bermula dari peringkat awal kanak-kanak, pendidikan rendah, pendidikan menengah rendah, menengah atas, tertiari dan pada peringkat industri/ komuniti.


Infografik STEMEC

Infografik STEMEC

All About STEM