Tatacara Pengurusan Displin Murid

Tatacara Kehadiran Murid Ke Sekolah


1. Kehadiran murid ke sekolah adalah WAJIB. Semua murid dikehendaki hadir ke sekolah sebelum jam 7.20 pagi. Murid dianggap lewat perhimpunan sekiranya hadir pada jam 7.21 pagi. Sementara pada jam 7.31 pagi, murid dianggap lewat sekolah.

2. Secara umum, murid DILARANG keluar dari kawasan sekolah semasa waktu persekolahan

3. Namun begitu, murid hanya dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dengan alasan iaitu :
  • a. Wakil sekolah bersama-sama guru pengiring.
  • b. Sakit – dengan mendapat kebenaran Pengetua untuk menelefon ibu bapa bagi menjemput murid di pejabat sekolah.
  • c. Urusan keluarga/kecemasan – dengan mendapat kebenaran Pengetua

  • 4. Murid perlu berada di pejabat sebelum dijemput oleh ibu bapa.

    5. Ibu bapa dan murid perlu melengkapkan dua jenis borang yang disediakan oleh pihak sekolah dan pihak sekolah akan membuat pengesahan sebelum murid di bawa keluar dari kawasan sekolah.

    6. Murid-murid yang tidak mematuhi peraturan akan dikenakan tindakan disiplin yang tegas seperti mana yang termaktub di dalam Peraturan Sekolah Wilayah Persekutuan.

    SOP Keluar Kawasan Sekolah Semasa Waktu Pesekolahan


    1. Secara umum, murid DILARANG keluar dari kawasan sekolah semasa waktu persekolahan

    2. Namun begitu, murid hanya dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dengan alasan iaitu :
  • a. Wakil sekolah bersama-sama guru pengiring.
  • b. Sakit – dengan mendapat kebenaran Pengetua untuk menelefon ibu bapa bagi menjemput murid di pejabat sekolah.
  • c. Urusan keluarga/kecemasan – dengan mendapat kebenaran Pengetua

  • 3. Murid perlu berada di pejabat sebelum dijemput oleh ibu bapa.

    4. Ibu bapa dan murid perlu melengkapkan dua jenis borang yang disediakan oleh pihak sekolah dan pihak sekolah akan membuat pengesahan sebelum murid di bawa keluar dari kawasan sekolah.

    5. Murid-murid yang tidak mematuhi peraturan akan dikenakan tindakan disiplin yang tegas seperti mana yang termaktub di dalam Peraturan Sekolah Wilayah Persekutuan.

    SOP Keluar Bilik Darjah Semasa Pdpc


    1. Secara umum, murid DILARANG keluar dari bilik darjah sepanjang waktu PdPc.

    2. Namun begitu, murid hanya dibenarkan keluar dengan menggunakan Pas Keluar Kelas dengan kebenaran guru subjek pada masa PdPc berkenaan

    3. Murid dibenarkan keluar seorang dalam satu-satu masa dan perlu berada di dalam kelas dalam kadar segera bagi meneruskan PdPc.

    4. Sebelum keluar, murid perlu mengisi borang keluar kelas yang disediakan di dalam folder keluar masuk kelas.

    5. Murid perlu memakai Pas Keluar Kelas yang boleh diperoleh daripada guru subjek sepanjang berada di luar kelas.

    6. Murid-murid yang tidak memakai pas Keluar Kelas akan dianggap ponteng kelas dan akan diambil tindakan oleh Lembaga Disiplin Sekolah.

    7. Murid-murid yang tidak mematuhi peraturan akan dikenakan tindakan disiplin yang tegas seperti mana yang termaktub di dalam Peraturan Sekolah Wilayah Persekutuan.

    SOP Penggunaan Lif


    1. Secara umum, murid DILARANG menggunakan lif di Zon Hijau dan Zon Kuning

    2. Namun begitu, murid hanya dibenarkan menggunakan lif di Zon Kuning dalam tiga keadaan iaitu :
  • a. Memiliki pas lif yang dikeluarkan oleh Unit HEM
  • b. Membantu guru dengan membawa Pas Keluar guru
  • c. Pergi ke perpustakaan di Aras 7 dengan menekan butang lif sehingga Aras 6 sahaja dan perlu menaiki tangga ke Aras 7

  • 3. Pas lif boleh dimiliki dengan alasan iaitu :
  • a. Sakit - ibu bapa perlu menulis surat bagi memohon menggunakan perkhidmatan lif disertakan dengan surat doktor sebagai lampiran mengikut tahun semasa.

  • 4. Murid yang telah mendapat pas lif akan diberi tempoh yang bersesuaian dengan alasan yang dikemukakan dan perlu memakai pas lif sepanjang masa penggunaan.

    5. Setiap permohonan akan direkod.

    6. Pas lif perlu dikembalikan kepada Unit HEM seperti mana tempoh yang telah dipersetujui.

    7. Murid-murid yang melanggar peraturan penggunaan lif akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM1.

    SOP Sewaan Locker


    1. Semua murid yang berkemampuan boleh membuat sewaan loker dengan kadar sewaan RM10 sebulan atau RM100 untuk 11 bulan.

    2. Murid perlu melengkapkan maklumat di dalam borang yang disediakan oleh pihak sekolah.

    3. Borang berserta bayaran perlu diserahkan kepada guru yang bertanggungjawab dan murid akan mendapat kunci loker yang bernombor.

    4. Kunci loker perlu di ‘duplicate’ oleh murid bagi mengelakkan isu murid terlupa membawa atau menghilangkan kunci loker.

    5. Sekiranya murid menghilangkan kunci loker, murid akan dikenakan caj RM10 bagi pihak sekolah membuat kunci yang baharu.

    6. Loker tidak boleh dikongsi dengan murid lain.

    7. Buku-buku sahaja yang boleh disimpan di dalam loker dan perlu disusun dengan kemas dan dalam keadaan bersih.

    8. Pihak sekolah akan membuat pemantauan dan berhak merampas barang-barang yang tidak dibenarkan dibawa ke sekolah.

    9. Murid-murid perlu memulangkan semua kunci loker kepada pihak sekolah pada minggu terakhir persekolahan pada tahun semasa

    10. Murid-murid yang tidak mematuhi peraturan akan dikenakan tindakan disiplin yang tegas seperti mana yang termaktub di dalam Peraturan Sekolah Wilayah Persekutuan.

    Larangan Membawa Dan Menggunakan Telefon Bimbit Di Sekolah


    1. Secara umum, murid DILARANG membawa telefon bimbit ke sekolah semasa waktu persekolahan (SPI Bil. 2/2009 Penguatkuasaan membawa dan mengguna telefon bimbit oleh murid ke sekolah )

    2. Telefon bimbit akan diambil dan disimpan sekiranya murid melanggar peraturan sekolah.

    3. Telefon bimbit boleh dituntut untuk kesalahan pertama dengan beberapa SOP yang perlu dipatuhi oleh murid iaitu :
  • a. Ibu bapa sahaja yang boleh menuntut telefon bimbit
  • b. Surat amaran akan dikeluarkan oleh Unit Disiplin dan murid perlu menandatangani Aku Janji
  • c. Bagi kesalahan kali kedua, telefon bimbit akan disimpan oleh pihak sekolah sehingga hujung tahun.

  • 4. Ibu bapa dan murid perlu hadir bersama-sama semasa proses tuntutan telefon bimbit dijalankan dengan kehadiran seorang guru disiplin sebagai saksi.

    5. Murid-murid akan diberikan surat Amaran Keras dan menandatangani surat Aku Janji untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.

    6. Murid-murid yang tidak mematuhi peraturan akan dikenakan tindakan disiplin yang tegas seperti mana yang termaktub di dalam Peraturan Sekolah Wilayah Persekutuan.