Makluman Kemasukan Murid ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2020

Info Kemasukan ke Tingkatan Enam

1Bilakah keputusan tawaran ke Tingkatan Enam Semester 1 tahun 2020 bagi STPM Kohort 2021 boleh diketahui umum?
Keputusan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam boleh disemak mulai 13 Mei 2020 melalui portal KPM http://moe.gov.my
2Bilakah permohonan ke Tingkatan Enam SBP (KISAS dan SMAP Labu) boleh dibuat?
Permohonan boleh dibuat dan dihantar ke Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh mulai 15 April 2020 sehingga 30 April 2020
3Bilakah tarikh pendaftaran kemasukan ke Tingkatan Enam?
Tarikh pendaftaran kemasukan ke Tingkatan Enam adalah pada 9 Jun 2020
4Sekiranya saya tidak ditawarkan pengajian ke Tingkatan Enam, bagaimanakah saya boleh merayu untuk menyambung pengajian ke Tingkatan Enam?
Bagi calon SPM tahun 2019, rayuan boleh dibuat secara dalam talian mulai 13 Mei 2020 sehingga 27 Mei 2020. Manakala bagi calon SPM untuk tahun sebelumnya, borang rayuan boleh dimuat turun daripada portal KPM (http://www.moe.gov.my). Borang yang telah lengkap perlu diemelkan kepada JPN sebelum tarikh tutup rayuan.
5Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam?
Maklumat berkaitan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam boleh diperoleh daripada PPD atau JPN yang berhampiran selepas tempoh PKP tamat.
6Sekiranya saya ditawarkan pengajian ke Tingkatan Enam, bolehkah saya menangguh untuk melapor diri?
Tidak, calon dianggap menolak tawaran ke Tingkatan Enam sekiranya tidak melapor diri pada tarikh yang ditetapkan